Friday, October 22, 2010

Nak Buat Dosa KE Nak Dapat Pahala

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi
air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover
charge, minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat
makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah
ABC.Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap2 kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.Kalau majikan
tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast,
terus niat pose.Dapat dah pahala. Bukan
setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit
lagi.Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume
tak masuk paper je.Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir
semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok,abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami
balik tengok sume tak siap,tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak
tuh. Timah Janda lak kena umpat...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah
akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh!
Respek la... Suami balik tengok keje sume siap,
isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang
takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai,dunia tak gak dapat2.
Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup
memudahkan. Takyah nak sibuk2
tamak haloba.Jiran beli TV baru, sofa baru,
langsir baru, lantak ko la.Sebab dia dapat hutang
baru, kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah!
Hidup la ko kat neraka. Hehe... Penipu ni
bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih
lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa
dalam ketakutan. Silap2 kantoi,kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz
Satar dalam Bujang Lapok)
Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia
& malaikat, malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat
dunia ni tapi dia takkan jadik mangsa
belitan ular kat neraka. Hidup pun aman,
bukan dalam ketakutan. Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak
study
tu, study nih. Carik peguam
tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat
kempen nih. Leceh.Terpaksa pulak buat
Istilah baru konon yang paling
benar. Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duitrakyat,
bukan duit sendiri. Hehe... Dahla hidup
kena laknat, siap booking name sendiri kat
Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!
Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini
bukan yang manusia buat tapi
hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum2
Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah
nak fikir2 nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh,
hidup pun diberkati. Ridhwan pun sedia nak
sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang
mempejuangkan
Agama Allah. InsyaAllah...
Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam...

3 comments:

lalink7 said...

btol2..mari kita buat pahala bebenyak.. =))
entri ini penah bace amek dr kotak email kan?
=p

AngahSayang2314 said...

apa yg penting jgn buat dosa buat la pahala.... ia menjamin syurga

Sitihawa said...

lalink7 : haha thu tkpe...sama share..

angah : btul tuu heheh..mjmin khidupan..

Search This Blog