Thursday, March 29, 2012

Nur Yang Datang

haiii...............Kembali berceroteh hampir 2bulan tak berkarya abis sesawang blog mummy so hari ni mummy nak berceroteh tentang kelahiran pertama baby mummy ...

Alhamdulillah. Itu saja yang mampu mummy ucapkan sebelum mummy meluahkan apa yang tak terluah di bibir mummy selama ini. Hanya kepada papa tempat mummy bercerita, meluahkan perasaan, menitiskan air mata, jika sebaris dua kata daripada orang-orang yang HEBAT ketika melahirkan diajukan kepada mummy. Oh, kenapa tiba-tiba mummy begitu sensitif? :) ..sepatut nye 31.1.2012 adalah kelahiran baby kami tapi kita hanya merancang tuhan sudah tentukan .. so mummy berserah saja padanye
Selasa - 7.2.2012 mummy dan papa Bertolak ke Hospital KL seawal 8.00 pagi walaupun dalam keadaan hati yang Berdebar tapi mummy dan papa tetap gagahkan diri.

Setibanya di HKL 9.00 pagi, mummy terus ke kaunter pendaftaran, tunjuk semua dokumen sekali. mummy datang bukan sebab dah nak beranak tapi dah direkomen doc untuk admit. Tanda-tanda memang belum ada. So setiba di HKL doc check V buka 1cm so terpaksa admit jugak sebab dah overdue 7hari .Tunggu punya tunggu jam 1.00tghri, lepas register semua baru buat CTG , Kemudian scan pulak. Pastu graf dari CTG diorang cakap aktiviti uterus tak ada contraction.so doc bagi tempoh sampai esok pagi kalu tak buka jalan jugak terpaksa masuk ubat bawah.

Sampai jer di situ, nurse bagi baju kaler pink suruh tukar. Auww.. merasa jugak pakai baju hospital, tak pernah pun pakai sebelum ni. Dan lepas tu mummy pun berehat. Tunggu 5.30ptg barulah masa melawat. Tunggu papa dan parents datang.hati sebak sangat sebab parents dan papa bagi semangat dan cakap2 gan baby supaya cepat kuar...ayah tak dapat dtg sebab ada kerja petang tu yang datang papa , mak , akak-akak,anak2 buah ,kecoh satu ward gan telatak anak2 buah , bising2 nasib time tu time melawat so nurse tak kisah sangat.

Malam pun menjelang. Alhamdulillah layanan nurse di Mat 1 semuanya bagus.Malam tu mummy tak nyenyak tidur.Macam-macam yang bermain di fikiran mummy.mummy berjalan sana berjalan sini tengok baby yang dah selamat lahir Klu tidur pun, setiap setengah jam mesti tersedar. Sesungguhnya penantian suatu penyiksaan. Rasanya seperti banduan menunggu ke tali gantung. Bayangkan perasaannya. Cuma doa Nabi Nuh di dalam perut ikan nun yang dapat menenangkan hati dan perasaan mummy.

Rabu - 8.2.2012 Sewal 6.00pagi nurse datang check.Nurse sibuk check patient sebelum diorang punya doc in charge datang melawat patient di wad. mummy pun tidak ketinggalan dicek dan buat CTG lagi. Lepas habis CTG nurse menyuruh mummy siap2kan diri sebelum doc datang check kul 7.30pagi.

Alhamdulillah mummy dapat juga membasahkan diri, siap mandi basah rambut lagi tu.7.30pagi doc pun datang ke katil untuk dicheck alhamdulilah setelah check doc buka 3cm, kira dah 4cm buka so doc suruh nurse masuk ke lab room,so tak jadi masuk ubat bawah , kul 8.00pagi lepas siap2 nak gi lab room datang lagi doc lain check sekali lagi tak benarkan masuk lab room sebab baru buka 4cm so tunggu sampai tengahari nanti tengok ada tanda2 lagi tak so mummy turutkan kata doc.mummy rest macam biasa diberi sarapan pagi dan terus sms papa mengata dah buka 4cm gembiranya hati berfikir dapat bersalin normal papa sentiasa harapkan mummy dapat bersalin normal kerna dia sendiri ingin melihat kelahiran zuriat pertamanye..

11.00tgh nurse datang membuat CTG keadaan baby baik2 denyutan semua ok tapi sty belum ada tanda2 pecah air.mummy sms papa mengatakan nak mam pisang harap dapat lah mam so papa kata tenghari kang papa datang bawah.so tengahari tu papa datang mummy sty sembang2 seperti biasa masih tak blh nk wat apa sebab nye belum ada tanda2...selepas abis masa melawat papa pun balik tinggalkan mummy..3.00ptg doc datang check lagi sty 4cm lagi baby sty tak ada contraction so doc tegaskan supaya mummy dimasukkan ke labroom jugak.so mummy terus sms papa mengatakan mummy akan masuk ker labroom.

3.30ptg mummy disorong ke labroom, perasaan semakin dub dab dub dap tapi la illa ha illa anta subha na ka inni kuntu minaz zalimin sentiasa di bibir. Di luar Mat 1, kelibat papa tidak kelihatan.setiba je mummy di labroom doc check dan memecahkan air ketumbah serta memberi ubat botol. 3 ubat botol telah diberi tpi baby sty tak ada contraction jugak denyutan sty ok.4.30ptg papa pun datang masuk ke bilik labroom papa menemani mummy,nurse di dalam labroom sty sembang dengan mummy hampir 2jam menanti contraction baby tapi sty sama akhir sekali ubat yang terakhir doc masukan ubat yg ke 4 , baru mummy terasa sakit yang teramat sangat2x tapi tak rasa nak meneran sehingga mummy megengam tangan papa dan memakai oksigen tapi sakit tu hanya sekejap selepas tu hilang .. doc membuat check V dan melihat air ketumbah bertukar colour so doc mengegaskan supaya mummy bersalin caesarean.kerna baby dah lemas didalam mummy dan papa terkaku seketika hanya tuhan saje yang tahu detik tu..mummy menitiskan akhir mata melihat papa yang tak dapat melihat baby lahir secara normal.doc2 sekeliling memberi kata2 sokongan supaya jangan takut , tpi mummy sty takut hampir 15minit kami berfikir tapi akhir keputusan tetap caesarean mummy tak fikir apa yang mummy pikir keselamatan baby..

Di luar OT suasana sangat hiba sekali. mummy menyerahkan hp kat papa dan minta maaf dan bersalam dengannya. Air mata hiba tidak dapat ditahan-tahan lagi. Tapi papa tetap memberi sokongan dan memberitahu bahawa dia akan selalu ada memerhati dari luar OT. Dan mummy terus disorong ke dalam OT.
Di dalam OT suasana sangat sejuk sekali, apatah lagi setelah diinjek dengan ubat bius. Oh, menggeletar badan mummy. Mummy pun lemas setelah di injek kaku seribu bahasa dan melihat lampu2 didinding bercahaya, Semuanya pantas sekali.mummy tiba di bilik OT pada jam 7.15mlm dan Selamat melahirkan baby 8.05 mlm seberat 2.7gm . Oh, terharunya. Macam tak percaya bila melihat baby mummy diangkat dan dibawa ke bilik sebelah untuk dibersihkan. mummy sempat bertanya kepada staf baby boy or girl tetapi diorang enggan memberitahu. "Nanti puan check sendiri". Oh, ok. Tak sabarnya nak tau.
setelah baby dimandikan doc meletak baby diatas dada mummy terharu sangat mummy AKHIRNYE mummy selamat melahirkan seorang PUTERI .Perasaaan masih tak percaya. Dan kemudian doc menyurh mummy mencium baby. Hmm....

Beberapa minit selepas dilahirkan di OT mummy keluar bilik OT melihat papa menanti mummy di pintu OT mummy terus menitiskan air mata terharu hati nie tapi mummy bersyukur kerna semuanye selamat, mummy dipindahkan ke recovery room pada jam 10.20 mummya disorong semula ke Mat 1. Di situ barulah papa dapat mengazan dan mengqamatkan baby hamani. Terharunya. Anak kami yang pertama. Air mata menitis lagi tanpa dapat ditahan-tahan.Malam tu papa dapat masuk ward menolong nurse mengangkat mummy beralih katil mummy masih kaku seperti orang lumpuh sekali lagi mummy menitiskan air mata kerna tak mampu untuk bangun dukung untuk meyusukan anak mummy pada malam tu hanya mampu melihat tepi saje..

Khamis-9.2.2012 Keesokan paginye barulah mummy gagahkan diri untuk bangun tapi badan sty pening dan muntah2 kerna ubat yang di beri.akhirnye mummy kuatkan hati bangun kerna nak memberi susu kepada anak mummy dan ingin menatap wajahnye.
Jumaat -10.2.2012 mummy dibenarkan keluar setelah keadaan baby dan mummy semua baik,so awal2 pagi mummy dah taya doc blh kuar ke tak so doc sahkan hari tu mummy dan baby blh kuar,seronok tak terkata tak sabar nak balik umah,tpi doc nasihatkan supaya menjaga luka betul2 supaya luka tu tak terbuka...so kul 2.00pm mummy out dari HKL ... Amin ....




jom layan pic PUTERI Mummy

.
.
.



Nie Lah PUTERI Pertama HAWA&HAFIZ yang diberi nama
RAJA NURHAMANI BTE RAJA MOHD HAFIZ


Hahaha senyum tak perlu kata apa2..:))


kasih mu abah , :))





so nantikan cerita telatah hamani yeaaa ....




yehaa dapat hadiah dari my bos lepas berberapa hari kuar dari hospital
thanks my bos,baru cadang nak beli 1 set alih2 dapat hadiah kejutan ^_^V

Search This Blog