Sunday, October 31, 2010

Gila - Gila Jalan




Salam ...

Ermm mood hawa hari nie malas nk kerja biasa arr hari isninkan selalunye semua owng liat nk gi kerja :) mane tknyer penat sangat time cuti 2hari berjalan sakan hawa sama tunang & family tunang berjalan2 KUALA LUMPUR , mereka teman H&H beli barang preparation perkhwenan kami..mmg letih satu badan , mata pun turut letih yelah rambang mata,sana cantik sini cantik,sampaikan naik fenin kepala nk memilih mana yang terbaik...lagi2 sekarang ni ramai owng shoping sempena depav raya hehe..so mmg kaum dia jelah ada..tpi apa nk hairan kan kita dok negara yng merdeka so tak kisah sangat arr bak kata perdana menteri 1 MALAYSIA hehe..so semalam sampai2 je park moto kat pertama,naik moto pun parking full,ni kan naik kereta hehe..memang tak jadi nk shopping arr,Lagi bagus naik moto cepat dan berangin hehe..

lepas je berjalan masuk SOGO,PERTAMA,KAMDAR,NAGOYA,ALINAZ,TUNKU ABDUL RAHMAN,MAYA mmg terasa keletihan so berehat sebentar melegakan tekak & kaki menjamu selera di food court Sogo... :) ... haha..

wahwah semalam mmg ramai gila owang,jalan memang jem arr lagi2 skrg ni mat rempit sudah kembali aktif so memang jalan tu downg yang puya jelah hehe..kat dataran penuh hamba2 allah,tak tahu arr ada apa kat dataran semalam sampai ramai budak2 berkumpul uhuhu,so takada arr aku nk berhanti buat sakit kepala je so aku terus gerak balik time tu pun dah kul 6.30 ..so pelapis2 mat rempit buat2 arr kerja yang berfeadah yer ...

So lepas settel beli barang kat KL , H&H terus gerak gi pramid saje jalan2 lagi nak usha kasut kat sana,sbb kat sogo tak berkenan,ingat nak gi one utama malas sangat sebab pikir mesti ramai owang so wat keputusan tengok kasut kat pandini pramid jer..sesampai je kat pramid ramai gak owng,ingat ada apa konsert ke lupa ada party HaLLoWeeN haha, ntah
apa arr downg nie perayaan macam tu pun nak sambut,kalu owng kafir (cina,india,kristia) tak apa gak ni ada gak owng melayu ermmm memang tak tahu malu,hawa plak rasa malu bila tengok owng melayu berconteng2 muka macam hantu cukup2 arr hantu yang telah diwujudkan,jangan nak tambah2kan hantu lagi..ermm betul arr owang kata negara semakin maju tpi akhirat semakin hampir so renung2 kan arr yer..

sayang sekali pic tk dpat snap hesat hawa rosak so skrg masuk hsopital utk di baik pulihkan heheh ... so tak sabar nak shopping utk bulan depan pulak..ermm banyak lagi yg belum settel ni mmmm fenin2....harap2 persiapan semua berjalan lancar ..:)






Friday, October 22, 2010

Nak Buat Dosa KE Nak Dapat Pahala

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi
air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover
charge, minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat
makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah
ABC.Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap2 kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.Kalau majikan
tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast,
terus niat pose.Dapat dah pahala. Bukan
setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit
lagi.Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume
tak masuk paper je.Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir
semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok,abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami
balik tengok sume tak siap,tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak
tuh. Timah Janda lak kena umpat...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah
akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh!
Respek la... Suami balik tengok keje sume siap,
isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang
takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai,dunia tak gak dapat2.
Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup
memudahkan. Takyah nak sibuk2
tamak haloba.Jiran beli TV baru, sofa baru,
langsir baru, lantak ko la.Sebab dia dapat hutang
baru, kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah!
Hidup la ko kat neraka. Hehe... Penipu ni
bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih
lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa
dalam ketakutan. Silap2 kantoi,kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz
Satar dalam Bujang Lapok)
Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia
& malaikat, malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat
dunia ni tapi dia takkan jadik mangsa
belitan ular kat neraka. Hidup pun aman,
bukan dalam ketakutan. Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak
study
tu, study nih. Carik peguam
tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat
kempen nih. Leceh.Terpaksa pulak buat
Istilah baru konon yang paling
benar. Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duitrakyat,
bukan duit sendiri. Hehe... Dahla hidup
kena laknat, siap booking name sendiri kat
Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!
Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini
bukan yang manusia buat tapi
hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum2
Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah
nak fikir2 nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh,
hidup pun diberkati. Ridhwan pun sedia nak
sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang
mempejuangkan
Agama Allah. InsyaAllah...
Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam...

Tuesday, October 12, 2010

Wedding Hero Negara


Dato’ Sheikh Muszaphar is getting married on 10.10.10 and he surely does it in style. Perkahwinan beliau dengan Dr. Harlina Yunos menyebabkan banyak gadis-gadis kecewa dan tenat ..hehe..Kepopularan beliau menyebabkan pihak TV3 sanggup buat siaran langsung gitu. Hawa tengok begitu Banyak juga belanjanya. wahwahwah banyak owang yg kasi sponsor untung arr beliau .... tuah ayam nampk di kaki tuah manusia sapa yang tahu kan .... betul2 grand perkahwinan dato maklum arr owng ternama dan pernah mengharungkan nama negara so tak akan nk wat majlis khwen alalalal owng kebanyakkan betul tak .. :) Lagi pun dato banyak duit so tak salah wat perkhawinan mereka grand2 kan bak kata owng khawin seumo hidup..Bagi yang betul2 syok dengan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dalam singkatan nama dato (SMS) jangan arr kecewa erk hihi sudah jodoh sheikh dengan harlina .. hihih apa pun kita doakan kebahagian mereka yer ...


Kad Kahwen Dr Sheikh meletup gitu...hihi..sapa nk tiru mcm kad khwen sheikh blh je jaji ada duit ok hihih...

Monday, October 11, 2010

10.10.10 Banyak tragedi


Tarikh 10.10.2010 bukan sahaja menjadi tarikh keramat bukan sahaja bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan , Perlumbaan MOTO GP,Perkahwinan ANGKASAWAN NEGARA tetapi jugak tarikh yang amat memilukan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di kilometer 223.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat.

Sebanyak 6 kenderaan terbabit di dalam kemalangan maut ini iaitu Bas ekspress Delima, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, dan Toyota Hiace.

Kemalangan yang membabitkan 6 kenderaan ini mengorbankan 12 orang dan 40 orang yang lain cedera parah.

Kemalangan ngeri ini disifatkan paling tragis untuk tahun ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit menghempap dua kereta dan kemudian melanggar sebuah van sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

PERHATIAN: Gambar di bawah sekadar untuk paparan umum dan memberi pengajaran kepada pengguna lebuhraya di Malaysia.

Sumber: (Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan | Cerita Selanjutanye Berkongsi Cerita Dengan Limau Ais





Marilah kita sedekahkan al-fatihan kepada arwah didalam kemalangan tersebut...

Search This Blog