Tuesday, May 29, 2012

Tutorial Lagi



Tak sangka ada orang minat dengan header yang mummy cipta hehe walaupun simple but menarik kan kan hihihi minggu ni mummy sempat mencipta header akak Ana agak mencabar nk buat header akak dah buat cantik2 tak boleh upload pulak aptb..so dengan bantuan Akak Oshin semua terjawap thanks akak... akhirnye siap jugak header akak ana harap2 beliau suka ^____^V

Pautan
Header lama akak ana
agak simple




sekarang dah bertukar wajah sangat menarik kan kan ..hihih just header je mummy tukarkan tapi backgraound akak ana pilih sendiri hihih..




Sapa2 rasa nak tempah buat header boleh je tempah kat mummy yeaa bayar RM 5.00 Je hihihi..


alamak dah kena kan toup ler heheh

Ameera Vs Chori Chupke

Alahaiii seronoknya hero mummy sekarang buat drama dalam tv3 gila tak layan tak ketinggalan taw jom layan sapa tk ketinggalan episod 1 gi tengok kat tonton yeaa ...^_^


Variasi slotdramaterbaru : Ameera

Kisah Ameera mengisahkan sebuah perjanjian antara Rita Rudaini yang melakonkan watak sebagai seorang isteri yang tiada anak , tetapi mengupah seorang wanita (lakonan Zarina AF) untuk menjadi ibu yang mengandungkan anak dari zuriat suaminya (Syamsul Yusof) . Selepas dilahirkan , wanita yang diupah tersebut akan diceraikan dengan upah yang sangat tinggi. Ingin tahu apa terjadi seterusnya? Jalan Cerita dia macam cerita hindustan cuba tekaa cerita apa ???


Chori Chori Chupke chupke ....Haha samakan jalan cerita dia kalu tak caya cer tengok jangan ketinggalan yeaa ^_^..




tak kisah ler sama janji hero mummy meletop berlakon hihih



Jadi Minat



Uhuhuh ingt lagi tak craft yang mummy buat bentuk cupcakes sekarang mummy cuba membuat craft di atas baju pulak akhirnye berjaya jugak heheh ..sekarang craft menjadi hobbies mummy dimasa terluang Jom terjah hasilnye



Tadaaa ^_^V



akan mencipta craft yang lebih menarik lagiii tungggu yeaaa sekarang mummy nak mencari stock2 felt dia plak ^_^V ...





Monday, May 28, 2012

Selamat Yea

Musim Cuti sekolah so bermula ler musim owang nak khwen haha..so mummy tak ke tinggalan mendapat jemputan dari kawan baik mummy akhirnye beliau mengakhiri zaman bujang beliau apa pun mummy doa yang baik2 untuk dia dan suami dia

Selamat Pengantin Baru Buat Rina Dan Firdaus Moga Tuhan Memberkati Hubungan Korang Amin


Jom Terjah warna warni majlis dia


Cantekan mestilah pengantin mummy pun pernah jadi pengantin so kena arr melaram untuk dua hari puya majlis heheh...butik dari tempat mummy butik alfinaz jugak so memang puashati tak rugi mummy rekemen kawan2 mummy yang penting makandam mummy si Tasha sentiasa memberi mekup yang sangat2 vogue ^_^V so sapa rasa nk khwen gi lah servic kat situ tengok dan lihat sendiri layan mereke sangat2 puashati..bak kata orang khwen sekali,perabiskan wang pun sekali so pilihan mesti yang puashati ...


Tambah ImejMummy pun nak snap jugak hihihi di hari berlansung Rina
malam berinai rina cer tengok cik.Hamani Mummy tak nak pandang kemere heheh...

Tadaa hadiah dari mummy untuk Rina...Agak2 hadiah apa Yang pasti Rina jer yang tahu..^_^



minggu depan nk gi majlis khwen cik sue suhaimi kerna kad dia sudah sampai di tangan mummy klu tak sampai mesti mummy tak gi ^_^V...


Dot Dot vs Pancakes


Fuahh baru dapat update blog apa pun tk boleh Buzy gila maklum ler hujung bulan kena Ready semua Cheque supplies dan cheque gaji2 yang perlu dia bayar kalu tak memang tak bergaji ler mummy hehe ^_^V

Cerita pasal Dot dot mesti korang tahu apa yang dot dot kan hehe tengok kuih pun blh dapat nama dot dot kenali apam polkadot Buatan dari air tangan mummy hehe percubaan pertama mummy, memang tak terpikir nak buat tapi kerna sudah boring dihujung minggu so mummy merajinkan diri dengan mengulik tepung haha jom terjah air tangan mummy hehe ^_^V


Tadaa ni lah hasil nye walaupun ukiran dot dot tak berapa nak smart tapi rasa dia meninggalkan kesan yang amat mendalam cehh wah wah hehe...dapat 4bintang dari en.abah.Mummy akan cuba lagi supaya lagi Ukirannye memuaskan..mencuba lebih baik dari pada tidak mencuba btul tak heh ^_^v..


Vs

Pancakes + krim + madu sedap gitu..nyamm





Wednesday, May 23, 2012

Jadilah Dari Takada



Selamat tenghari semua dah makan ker korang mesti sedap2 kowang makan lunch kan uhuhu..mummy jugak makan biasa jer tpi takpe sedap jugak kan kan alhamdulilah kenyang walaupun ringkas tapi tetap mengenyangkan heheh.... tadaaa menu lunch mummy hari nie


Sempat mummy masak mee menggi sedap + telur dan soya beans sejuk kat opis hehehe mummy nak letak sayur2 peti ais dah abiss semua sayur2 so mane yang ada je mummy layan hehehe....

jemput makan semua sambil2 update blog heheh...^_^V





Sunday, May 20, 2012

Ceria Walaupun ??


Isnin yang agak malas kerna sudah 2 hari melaram dirumah aktiviti kat rumah 2 hari tak kemana pun dok rumah test buat cup cakes dan tat telur hehehe...pada mulanye agak2 malas tapi menjadi rajin bila en.abah kata teringin nak mam cup cakes so mummy pun rajin2 kan diri kedapur hehe...Kata en.abah ok jer tapi kena berbaiki lagi :))) so nk try buat lagi supaya dapat 5 start dari en.abah hehe

Sowi pic tk dpt nak abik kernaa mummy lupa ler hehe next cooking cup cakes mummy snap yeaa hhehe..


Ehemmm hari ni mummy kurang ceria ler huhu letih sangat kerna tak cukup tido gara2 si dara mummy malam tadi mengigau tiba2 dia menagis dengan kuat nye sampai tersesak2,sampai mummy puas memujuk dia....akhirnye mummy berjaya membuat cik.hamani lena balik tido, yg membuatkan letih seawal 5.30pg sudah bangun mejalankan tanggungjwab seorang isteri :) walaupun letih mummy sty boleh senyum heheh :)) .... sekarang cik.hamani mummy dah meningkat usia 3bulan 13hari berat pun dah bertambah2 51g alhamdulilah berkat susu ibu yang sentiasa ada :) jom layan pic si tembam mummy :))


1.sekarang asyik nak kena layan cik.hamani bercakap jer,kalu tak layan dok meragam dia..
2.cuba2 nak meniarap suka benar kalu dapat meniarap :)



Thursday, May 17, 2012

Hobbies Baru



salam..

Boring gila hari nie buzy sangat sebab sibuk nak update account uhuh tak sempat mummy nak layan tonton.com cerita endless love hihihi Tapi sempat jugak mummy update blog haha bak kata owg rest 10minit so update cepat2 haha....celoteh mummy hari ni mesti korang semua pelik kan gan tajuk mummy kan agak2 apa hobbies terbaru mummy hahah :)))


tadaaa
.
.
.
.
.
.


Inilah dia hobbies baru mummy craft ni baru permulaan heheh
masih cuba2 mula agak pyah jugak nak reka bentuk cup cakes dan bottol milk tapi berkat nak belaja mummy cuba jugak akhir menjadi jugak heheh
sapa mahu order boleh jer :)) harge blh runding

sesuai utk cenderahati semua majlis :)


Monday, May 14, 2012

25Thn Celebrate



ahaaaa korang dah layan ke cerita filipino yang mummy suruh korang layan cepat2 layan episod dia semakin akhir hihih :)


25thn apa sapa puya umor tu haha sapa lagi klu bukan mummy dah 25thn kejap jer meningkat umor mummy kan hehe yang membuatkan tak percaya tu dah ada family sendiri dan anak rasa macam mimpi jer huhuh..mummy doakan moga umor mummy dipanjangkan , dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik2,moga family mummy sentiasa bahagia selamat dunia dan akhirat amin dan terima kasih jugak kepada kawan2 yang memberi ucapan kepada mummy tu semua satu doa kepada mummy amin....yang paling seronok sekali en.abah celebrate brday mummy beri hadiah kepada mummy thanks en.abah nak tahu apa hadiah dia heheh memang tak sangka sebulan sebelum nak brday heset sony mummy masuk air abis jahaman semua so rosak ler mahu tak nagis mummy tapi en.abah dah belikan yang baru heheh semperna brday mummy hehe seronok sangat2 muka terukir senyuman heheh :)


hadiah dari en.abah hehe hadiah tk seberapa jer tp oklh mummy tk pyh beli heset baru lagi dah heheh...nak pakai 2 3 bulan dulu sok2 mummy nk tukar galax y pulak heheh
kata en.abah ikut suka mummy ler janji mummy pakai phone




dinner celebrate brday mummy di pizzahut :)


Variasi Filipino

cak cak jemput masuk semua hihihi ambik masa untuk update ramai kawan2 tanya apa cerita terbaru uhuhu blog mummy dah lama tak ada celoteh hahah sekarang ni mummy buzy lor dok mengilai cerita Endless Love Uuhuhu cerita filipino, dok buzy kat ofis pun sty boleh layan lagi mane tak nye nasib baik ada tonton.com terima kasih raziz bagi pinjam pwssod hihihi , so mummy layan kat situ je cerita terbaru korang tengok tak mesti tak kan sebab sibuk kat tempat kerjakan hahah , best cerita dia jalan cerita dia macam cerita Autumm In My Heart siapa pernah tengok mesti tahu sapa tak tahu cer layan mesti best hihih...jom mummy cer sikit sinopsis dia



Sinopsis Endless LOVE TV3
Johnny dan Jenny membesar bersama-sama seperti adik-beradik di bawah jagaan ibu bapa mereka Robert dan Katherine. Johnny menyukai kakaknya dan sangat mengamil berat akan kakaknya .

Kehidupan mereka berubah apabila mereka mendapati bahawa terdapat kes bertukar bayi di hospital pada hari bahawa Jenny dilahirkan. Mereka mendapati bahawa anak perempuan yang sebenar adalah Shirley, rakan sekelas yang berasal dari keluarga miskin, dan sangat bencikan Jenny.

Kehidupan Jenny dan Shirley diterbalikkan dengan dramatis dalam sekelip mata. Jenny mahu kekal tetapi Shirley terus mendesak beliau meninggalkan keluarga yang membersarkannya . Akhirnya Jenny mengalah dan memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal dengan Suzy yang juga musuh ibu angkatnya. Sementara itu, Johnny dan keluarganya memilih untuk tinggal di luar negara.

Beberapa tahun kemudian, Jenny membesar menjadi seorang wanita muda yang muda, cantik dan baik hati. Dia bekerja sebagai chambermaid di resort hotel.

Dia bertemu dengan pemilik hotel yang sangat sombong dan nakal bernama Andrew yang terpikat dan terpesona akan kecantikan Jenny. Andrew melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian Jenny. Dalam tak sedar beliau sukakan Jenny secara perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik. Lelaki itu dengan bangganya memberitahu kawan baiknya bahawa dia telah menemui wanita itu dan ia merupakan cinta sejatinya…

Ok sambungannya di TV3 Lah ye atau boleh tengok Endless Love secara online di tonton.. best kan jalan cerita nya ni .. ai like.. Dah bermula pun , Setiap Hari Isnin-Khamis jam 3.00 – 4.00 pm .. sekarang nie dah episod 21 so rasa nk tengok dari first episod layan tonton ok ...

tadaaaaaaaaaaaa.

.

.

.

.

.


nie lah pelakon2 terhebat filipino












Tuesday, May 1, 2012

Menu Terhangat

Nyam nyam gitu !!!! minggu rest dok rumah ler Sebab cuti hari pekerja so apa lgi mummy pun gatai tangan&kaki asyik nak ke dapur jer mencuba resepi terbaru hehe... terbaru arr sangat dalam dok pikir2 nak mam apa tiba2!!! en.abah plan nak mam pizzahut so mummy ok jer pikir ingat nak mam kat luar ler hihih alih2 en.abah kata apa kata kalau mummy try buat kat rumah guna resepi ci.yen bagi tu uhuhu so mummy pun tinjau2 tengok barang didapur apa yang ada hihihi lengkap semua so mummy mula dengan menguli dom hihihihi.......tadaaaa pic yg dpt mummy snap :P



Lapisan ditangah2 dom perisa ketam spicy tuna & hotdog spicy tuna

Lapisan diatas nyam nyam begitu tebal sekali

nyam nyam hingga menjilat tangan heheheh
Tadaa ni lah hasil dia hihih yang penting keju lebih yeaa heheh so sebab pizza mummy en.abah bagi 5bintang so lepas ni nak mam pizza kena buat kat umh jelah puas mam semua nye dapat lebih heheh..

.
.
.
.
.


Tadaa terselik pulak pic si tomel mummy ni hihih sekarang cik.hamani mummy hampir2 memasuki seusia 3bulan sekarang sudah bijak kerna inginkan perhatian lebihh yeaaa :P ...



Search This Blog