Tuesday, September 13, 2011

Hargailah

Hari ni, erm. Bosan gila ah.

So, aku terfikir untuk buat entri yang based on soalan-soalan formspring dan email. Dan YA. Semuanya berkisar tentang diri gadis-gadis yang tengah runsing pasal kekasih dia. Alah. Sibuk pula dia dengan kekasih. Kahwin terus kan mudah.hahahah

Okay. Lets start;

Lelaki bercakap macam keling. Dulu dia kata dia akan tunggu kowng sampai bila-bila. Tapi sekarang, dia dah couple dengan girl lain. Maybe sebab girl tu lawa. Tapi, dulu pun aku suka dia. Cuma aku tak berapa yakin aku suka dia atau tak. Persoalannya, kenapa lelaki bercakap macam keling?

Eh, kenapa nak salahkan lelaki dalam hal ni. Lelaki tu cakap nak tunggu. Tapi macam ayat “Quitters never win, winners never quit. But those who never win and never quit are idiots”.

Macam mana kalau si lelaki tu dok tunggu-tunggu and tunggu, then tiba-tiba, kau couple dengan lelaki lain. Kesian dia dok tunggu taw. Tapi awek dia sekarang ni comel ke. Bertuahnya dia. Geram pula I.

And now you menyesalkan? Siapa suruh you jual mahal sangat. Hargai someone yang suka kat kita.

I benci bf I. Bila date, dia mesti datang lambat. Perangai pun kadang-kadang tak senonoh. Kalau jumpa perempuan, mesti pandang-pandang usha-usha. Kalau dia kantoi dengan i yang dia pandang perempuan lain, boleh pula dia sengih-sengih je. Tapi I sayang dia. Kenapa eyh?
Yaa. Tu sebab aku cakap Mr Right or Prince Charming or apa-apalah yang tersenarai dalam list korang (girls) adalah tak berguna. Tak payah nak sibuk-sibuk buat list “Ciri-ciri lelaki idalam aku” sebab sekali kau dah couple kahwin, semua ciri-ciri tu hanya jadi sampah sarap je.

Pasal lelaki suka pandang perempuan lain even dah ada awek pula, well, aku rasa memang normal lah kot. Tapi biasanya flirt paling terbaik adalah di hadapan orang yang kita sayang. Sebab masa tu lah kita boleh tengok orang yang kita sayang tu jealous. Lelaki suka tau tengok awek dia jealous sebab tu tanda sayang. (Geli aku dok ulang perkataan sayang tu dari tadi). Sebab tu lah perempuan tak boleh ada ego tinggi. Kalau jealous tu, cakap je yang kau jealous. Tak payah nak kumpul ego. Mengada-ngada.

Saya jumpa video-vidoe tak senonoh kat dalam handphone bf. Eeeiiuuu tak senonohnya dia.
Eley, macam la kau tak pernah tengok benda-benda tak senonoh. HAHA.

Kenapa bila perempuan baik dengan lelaki, lelaki akan perasan yang perempuan suka kat dia? Kenapa?



Banyak betul kenapa kau. Actually, bukan lelaki perasan. Tapi memang… tapi… tapi you know. Lelaki kan dah limited. Sedikit sebanyak memang ada punyalah yang suka. Lagi pun, lelaki dah kenal dengan konsep lelaki dan perempuan tak akan ada istilah kawan baik.

I suka kat sorang lelaki ni. Tapi i segan lah nak mulakan perbualan dengan dia. I selalu jalan depan dia. Tapi dia tak pernah pun tegur I. Dengan perempuan lain, relax je dia borak-borak.
Aku rasa lelaki tu suka kat kau tu. Lelaki biasanya segan gila bila dekat dengan perempuan yang dia suka. Tak pun, kau tak cukup comel kot. Tapi kan, cuba kau jalan depan aku. Mana la tau kot-kot aku tegur.

Boyfriend I jealous gila bila i lepak-lepak dengan kawan baik i (lelaki). Tapi I memang dah biasa keluar berdua dengan kawan baik i tu. Boyf I pula boleh kata i curang kat dia.
Secara logicnya, bf you tak ada hak langsung nak jealous. Tapi secara moralnya, dia memang ada hak nak jealous. You pun tau kan, lelaki tak akan keluar and belanja and beli barang-barang untuk perempuan kalau dia tak suka perempuan tu. So, i rasa kawan baik you tu suka kat you.

I rasa boyfriend I gay. Hari tu masa dia jalan-jalan dengan I kat mall, dia jumpa kawan dia and terus raba punggung kawan dia tu omg omg. Kecewa gila!
Banyak betul aku jumpa keyword dari google yang macam “Adakah BF I gay?”. Aku rasa ramai awek-awek di luar sana salah faham. Kalau you all nak tahu, lelaki ni pelik-pelik sikit. Jumpa member then raba-raba memang dah biasa. Sama la macam perempuan yang pegang tangan. Lelaki tak nak pegang tangan tau. Dia nak pegang benda lain. Adil la tu. Tapi yang you kecewa kenapa? You kecewa dia raba lelaki dan bukan raba perempuan? Ish ish ish.

Salam. I sekarang dalam dilema. Tak tahu nak pilih lelaki yang mana satu. ‘A’ kaye, pandai dan hendsem. Kalau pergi mana-mana, mesti die ada belikan i something. B pula, biasa-biasa je. Tapi i rasa yang i suka kat B lebih. Tapi terjamin ke masa depan i kalau i dengan B?
Tak terjamin. You kahwin dengan B, you akan merana. Sebab semua kebahagiaan terletak pada duit. Tak ada duit tak akan happy. So, kahwin lah dengan si A yang banyak duit. Lagi pun, normal lah. Ada duit, you pun dia boleh beli. Selepas dia dah beli you, masa depan you pun carah. Yeah, realistik kan?

Okay-okay. Sorry. Actually, go for the B. Bukan sebab dia tak kaya atau apa. Tapi sebab you lagi suka B.

Kebanyakkan perempuan tengok duit dalam memilih pak we. So, kalau a girl tu tinggalkan someone just semata-mata kerana lelaki lain yang lagi kaya, maka perempuan tu dalam big problem. Why? Sebab jangan terkejut bila lelaki tinggalkan korang kerana lelaki tu jumpa perempuan yang lagi cantik. Perempuan pilih based on duit. Lelaki pilih based on kecantikan. Adil kan?

Perempuan mungkin akan cakap “I perempuan cantik. Lawa. Mesti lah high maintanance. So, i layak dapat lelaki kaya.”. Then lelaki akan balas. “Aku kaya. Aku kerja keras untuk dapatkan banyak duit. So aku deserve perempuan cantik. Jangan salahkan aku kalau aku tinggalkan kau bila aku jumpa perempuan lagi cantik dari kau. ” Again, adil kan?


Aku ada seorang kawan ni.. Dia main kayu 3 dengan bf dia and slepas kantoi, bf dia minx clash. So skang aku berkawan rapat dengan ex-bf ni. Tapi hari tu ex-bf dia, call aku cakap kawan aku ni buruk2kan aku kat ex bf dia. Aku rasa dia jeles kot. Tp sapa suh curang..ape ko rasa

Aku rasa kau patut tacle ex bf kawan kau tu.

Aku (perempuan) selalu bergaduh dengan sorang lelaki ni. Aku suka gak dia sebenarnya. Tapi ego aku tinggi. Tapi kan stiap kali gaduh je, mesti akan ada orang cakap “Asyik gadoh je, kahwin kang baru tau”. Kenapa orang suka cakap macam tu?
Sebab, orang yang dah kahwin, dia gaduh masa siang je. Tengah-tengah malam masa nak tidur tu, berbaik le.hahahah.....tak caya cepat2 arr kehwinn hihihi :))))

Friday, September 9, 2011

Bukan Ini Yang kami Mahu

Salam geng ...
Agak lama x bersua alih2 bersua dengar topic yang agak Panas uhuhuh mari kita terjah topic hari ni yg paling hot kat FaceBooks @_@

bantah cukai 6% untuk produk reload & simpack

kerajaan telah kena kan cukai utk top up setiap reload

Begitu marah rakyat terhadap tax 6 % reload , hawa marah jugak tak patut kerajaan naikkan reload KENAPA setiap kali benda yang rakyat selalu guna kerajaan naik kan harga dan kena kan cukai ??? bukan nk cerita apa ler kalu dulu . Dr.Mahathir b.Mohamad menjadi perdana menteri jarang sekali kita dgr cukai sana cukai sini dan naik kan harga barang kenapa sekarang semua benda di naikkan dan di kenakan cukai bukan saja makanan reload pun nk mereka kena kan cukai Sebab apa dulu accountant dia Anwar kan so semua di kawal uhuh bukan nak puji sesiapa tapi realiti dulu dan sekarang berlainan sekali..... Ramai rakyat tidak setuju dan ada yang setuju , rakyat melawa cakap sana melawa cakap sini berdebat sesama sendiri antara satu sama lain apa pun tk blh sedang kerajaan kena cukai rakyat bertelingkar sesama rakyat ...

keluahan rakyat yang dapat Hawa copy paste dalam FB ....

dari FB - BAGI YANG X SETUJU

- malaysiabagus dimata luar negare je.. Dalam hampeh!!! Sengsara rakyat dye orngxtau... Nak maju kan negara memng bagus tapi mne bgus lagi untokrakyat??? Xkan la rumah kite lawa tapi kite makn pasir..
- YBDS Najib..... sy ni rkyt malaysia yg berpendapatan rendah terkejut blebce paper utusan about tax 6% dgn setiap pmbelian top up n sim bru...why ha??? krjaan xad duit or taukey komunikasi sudah mau bankrap??? syxpuas hati..!!!!
- Cukainaik 6%? Alamak........ Mcm mana nak maju ini..... Gaji kami punbukannya seberapa pun....... Kalau kerja kerajaan semua takpe jugak....tiap bulan terima gaji.... Tapi bagaimana pula dgn pekerja swasta?Buruh Binaan? Adakah gaji mereka setaraf dgn kenaikan cukai 6% dansetaraf dgn perbelanjaan yang bekerja kerajaan?? huhuuhuhuhuhu.....
- Makankena Cukai,Guna H/P Kena Cukai.Buka Pintu Kena Cukai,Masuk Tandas Kenacukai,Cukai Cukai Cukai Teramat Bagus Pemimpin Kita..
- jgn pikirkan nk hebat dr negara lain hingga rakyat jd mangsa

dari FB - BAGI YANG SETUJU

- sebagairakyat yg bersyukur,kita harus memandang positif akan langkah kenaikancukai prepaid ini seperti dpt mencegah remaja2 daripada mebuang masabercakap dgn handphone dan dpt menpopularkan semula telefonawan.Tolonglah fikir wahai rakyat semua,jgn lah termakan akanpropaganda dan menjadi anjing2 pembangkang

- 6% rakyat di gesa berjimat... aahaha

- kita kenakan tax 6% pengguna prabayar,agar mereka tidak membazir berbual/bersms.

so list yg hawa paste dari fb , so nak tknk trpksa ler kita bayar cukai kurangkan bermain sms , call utk tidak kena cukai hihhihi

** jgn marah geng bgi bercinta melalui calling2 nd sms tu kurang calling2 lbih baik face to face tk kena cukai hahah @_@

cauuuuu mahuu balik daaaaa

Search This Blog