Tuesday, May 31, 2011

Akhir dapat gak??

Hubby dah janji nak tengok NURKASIH akhirye dapat gak tengok heheh..thanks hubby walaupun mula2 pujuk hubby mcm malas nk gi tapi akhir kerna kasihkan isteri mu hubby mengalah jugak heheh....sayang hubby...:) .... hubby mulut je cakap taknak tpi hati mahu kan kan heheh....bak kata hubby klu kita tak spot film negara kita sapa lagi nak spot kan kan heheh pandai ler hubby klu ayang tak ajak hubby pun mmg taknk kan kan heheh..Bagi hawa cerita memang best sampai blh menitiskan air mata beb heheh sampai hubby gelakkan hawa (ayng fill abis erk tengok cer tu heheh) mesti ler orang ada perasaan mestilah kena fill hihihi apa daa hubby nie kikikikik......korang rugi tak tengok taw,cerita ni elok bagi mereka yang dh berumah tangga tengok seronok sangat bila kita tengok mesti akan timbul perasaan kasihkan suami dan isteri ... hihihihi fill abis hawa tengok lagi adik Amani berlakon dalam film tu mmg best pandai dia bawa watak menjadi anak aidil .. apa pun comment hawa boleh dapat 5 ***** .... .
...
.
....
.
.....
..
.
.
gi tengok jgn tak tengok tarikh terakhir cerita ni pada 10.6.2011 rugi tak tengok ..:) sebab takada kuar dalam tv3 taw heheh .....

tempat duduk atas sekali heheh......


Monday, May 30, 2011

Belia - belia

Bowingnye hubby takkan tak ada apa2 plan hari nie hubby nth ler dok umh ler layan DVD je ok tak...ler jom ler hubby kita tengok NURKASIH?? boleh ler .. Okk siap cepat,klu lambat cancel order 20minit hubby kasi untuk siap2 tak aci puya hubby last2 hubby yg lambat siap hihihi....:D Dring dringgg (phone bunyi) Tengok panggilan dari sis hubby,sis ajak gi putrajaya ada karnival belia-belia so berbelah bahagi ni nk gi Putrajaya or Nurkasih ??? alih2 hubby wat keputusan gi putrajaya postpon tengok wayang hari Isnin ...betul ke hubby ni jgn tipuu yerrr,klu tk tido luar hehehe....so plan yg di rancng cancel so folo sis gi putrajaya...best gak macam2 ada smua real2 lagi kenderaan askar2 melayu mmg terpegun di buatnye uhuhuh...tak caya cer tengok pic yg sempat hawa snap
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Testing ..... Bom bom bom ada brann ke hahah .....
Dapat bergambar dgn askar penyamaran,yg peliknye tk panas ke downg pakai mcm tu..
apa respect downg ler hidup negara ku heheh ...



so berjalan satu putrajaya dari kul 1.00 ptng smpai 11mlm uhuh memang keletihan shinggakan keesokan pagi nye aku MC heheh sebabnye kaki aku sakit akibat jalan mengunakan tumit tinggi heheh..:) so sapa2 yg berjalan-jalan terlalu lama jgn gedix pakai tumit tinggi kan jadi macam hawa kang heheh..apa pun mmg syok wowo...

Tuesday, May 24, 2011

Nak Kemaner Tu ??

Adam irfan jom jalan nak ikut tak mak su , nak nak nak alan alan (ckp budak kecik lah) hihi itu arr dia adam irfan anak buah hawa yang terlalu aktif n membuat hati hawa geram selalu gan terlatah dia.So wat pertama kali baru dapat lesen full so hawa gan hubby plan nak bawa adam jalan2 Sebelum ni akak tak kasi bawa sebab kecik lgi kan so skrg ada dh seusia 1thn lebih so dah dpt kaki tu yg seronok bawa dia tu..hubby plan bawa gi I-CIty , so hawa on ajer..mula2 plan nk bawa adam je tpi nk lebih meriah hawa bawa anak buah yg lain,my mam, my sis pun folo jugak .. adam betul2 seronok abis satu taman tu dia berjalan sampai terjatuh, kepala dia luka sian tpi dia tak nagis kuat adam ,tu yg mak su sayang sebab adam lasak .. so meh layan pic yg dpt hawa snap ..:)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apa Ini lampu ...cantik tak...( antik)
Time Nie adam takut nk pegang n bila dah rasa pegang dia paling berani hehe...:)hubby n adam smile dearss :) cishhhhh
Hubby tak larat layan keranah adam heheh...;)adam n kak wawa peace dears :) Pandang kanan pandang kiri ramainye orang....leka diaa tengok gelagak orang..
my Mam nd My Sis..

.
.
.
.
.
.
lps aje abis berjalan satu taman semua tertido dalam car lebih2 lagi si adam betul2 keletihan heheh....

Thursday, May 19, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit Ini kan Pulak ???

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki
mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda
bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap
hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda
boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari
masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.


7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia
dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati
lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la
hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.
Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian


Doa Isterimu


Sempurna hari ni hari jumaat yang penuh keberkatan mari kita sama berdoa kepada owng yang kita sayang mudah2an rumah tangga kita dilindungi oleh yang maha esa amin.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah.. Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



P/m : saya sayang suami saya


Monday, May 16, 2011

Terima Kasih

Malam tadi dok sanda2 dgn papa tgok TV so ada banyak iklan ucapan hari guru,aku gan papa pun cerita2 tentang waktu2 sekolah memang kelakar sampai pukul 12.00malam kami bercerita hehe..alangkah seronok nye ketika itu...zaman nakal,zaman muda,zaman hepi..tpi sekarang dah lain banyak pkara kita lalui sehingga zaman,usia akan bertukar ganti...so hawa nk ucap "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru2 disekolah SEKOLAH TADIKA KEMAS , SEKOLAH RENDAH TAMAN DATO HARUN(2),SEKOLAH RENDAH AGAMA,SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN..Dari mereka kita akan mendapat ilmu tanpa mereka gelap mata dengan ilmu....TERIMA KASIH

dari atas tengah gurl 1 sampai 4 tu ler geng2 hawa so awa num 4 ..
tetika 5dahlia paling syok dan nakal ...

Jom Kita Nyayi Khas Untuk Cikgu-Cikgu...
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Search This Blog