Friday, August 20, 2010

Ku Cinta Kepada Mu Ya allah


Hatiku bergetar
Bila nama-Mu disebut, dialun
Alangkah sayunya hati
Alangkah pilunya hati
Kenangan dosa-dosaku yg menggunung

Engkau bisa saja menghukumku
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Jangan Engkau tinggalkan aku
Walau sesaat, atau waktu yang lebih singkat dari itu…



Mari Kita ingat mengingati :-"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."


Thursday, August 19, 2010

Happy Brday Sayang

Salam ....

Haiii hari ni baru awa nk update ermmm sowi bz sikit hari nk cerita apa erk ermmm baru2 ni brday apez so mari kita ucap sama2 songs kat dia heheeh ;)

Happy brday to u
Happy brday to u
Happy brday Happy brday
Happy brday to u ........

Apa erk nk kasi kat apez ermm awa taya dia, dia ckp tknk apa2 bagusnyer heheh so tk pyah beli arr hadiah utk dia blh ker heheh...tpi awa tkada arr seteruk tuu awa kasi gak hadiah kat dia walaupun tk mahal tpi cukup arr dia hargai tu sudah ckup bagi awa hehe..ni ah hadiah yg awa beri yg tk seberapa sgt heheh :)

Bila wat cntik2 mcm ni sayang kata dia nak makan hehe .. tkpe arr terpaksa gan makn sbb ianyer utk di mkn heheh.... :) ..bila masuk dalam perut sayang tu bertambah2 hahaha poyos je sayang aku ni..macam mnr manisnyer chocolate nie begitu arr manisnye cinta kami hahahha...
apa pun ayang ucapkan selamat ulang tahun yg ke tutututut heheh...semoga di panjang kan umo dimurahkan rezeki dan cepat2 kita disatukan heheh dan kekal selamanye :) amin....


Monday, August 9, 2010

Mengapa ???



Tak pernah ku kesal Memilih dirimu Biarpun dugaan setiasa datang Bagiku kasih sayang satu anugerah Tak ternilai olehku Benarlah katamu hidup penuh pura Tetapi tidak pada diri ini Cintaku tulus suci lahir dari hati Mengapakah sukar menyakinkan cinta Yang terbiar layu disirami duka Sedangkan diriku umpama pengemis Mengharap kasih itu Dan sesungguhnya cintaku satu.



Tuesday, August 3, 2010

Nikmat Ramadhan 2010

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِْ

Assalammualaikum


Disini Hawa nk Ucap Selamat Berpuasa yg akan tiba lagi berberapa hari ajer so bukan tu ajer awa gak nk kongsi dengar kowng yg masih lupa dan leka tentang kedatang RAMADHAN 2010..Bukan ke tuhan mnyuruh kita sesama sama umat ingat meingati sesama insan yg lain..so mari kita terjah nikmat2 di bulan ramadhan sesungguhnya bulan ramadhan bulan yg mulia dan banyak kelebihan dan setiap yg kita lakukan mendapat keberkatan oleh allah amin...


1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.Jika Melakukan mendapat beribu rahmat dan Nikmat..


2.Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala

3.Setiap Malam Sentiasa didatangi rahmat..

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam 3 - Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kamu meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus sehingga Allah menngampunkkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di masjid Al Haram, masjid Madinah, dan masjid Al-Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala baginya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang sunat tarawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a. s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang yang mengerjakan sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim a.s

Malam 9 - Allah kuriakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10 - Allah mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia di hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 - Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Kiamat.

Malam 15 - Semua malaikat yng menanggung Arasynya, kursi, bersalawat tan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan di masukkan ke dalam syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18 - Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup ataupun yang telah mati)

Malam 19 - Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada di dalam keadaan huru-hara di padang Masyhar)

Malam 23 - Allah binakan baginya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkannya dari siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang yang bertarawih malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustakim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Taala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali.



harap2 sepanjang bulan ramadhan diri kita dilindungi perkara2 yg baik dan sentiasa diberkati....
Amin.... Sekiannnn


Search This Blog