Friday, January 14, 2011

Kanser

Hari nie mood masih mody je,bak kata owng masih mencari2 mood ceria so hawa pun cuba cari mood dgan ber blog :) .. so hari ni nk cerita ttg slah seowng yg bernama ????? hadapi leukemia thap pertama tp doc mengesahkan di blh hidup 3bln je ish doc ni mmg apa arr bercakap tk jaga perasaan persakit aku pun terkjut gak hmm apa blh wat setiap yg bernyawa pasti menemui ajal...hrp2 beliau sekeluarga hadapi gan tenang so cubakan wt yg terbaik utk melawan dan mcari pnawar, buat masa skrg beliau masih lgi ingin mencari rawatan dan pengesahan di hospital KL ... doc yg mengesahkan beliau terkena pyakit leukemia hospital PPUM.so utk lbih pasti beliau akan pergi ke hospital KL.hrp2 takada apa yg belaku arr, so dlm dok2 hawa pun search arr internet apa punca kanser blh menjadi penyakit no.1 dalam badan manusia so ni kaji hawa hihi....kaji dlm internt sje.....

Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

  1. Makanan
  2. Tembakau
  3. Alkohol
  4. Radiasi
  5. Sinaran cahaya matahari
  6. Pekerjaan
  7. Pengambilan ubat
  8. Pencemaran air dan udara
  9. Perokok yang tidak aktif
  10. Keturunan

Antara punca lain penyakit kanser adalah seperti berikut :

  • Tembakau
    • 90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.
  • Pemakanan dan Diet
    • Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.
  • Tabiat seksual
    • Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.
  • Pengambilan minuman beralkohol
    • Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.
  • Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
    • Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.
  • Jangkitan Hepatitis B
    • Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.
  • Pendedahan di tempat Kerja
    • Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.

Tanda2/Sintom2 umum penyakit kanser :

  • Mengalami batuk yang berterusan serta kahak berdarah.
  • Merasa sakit/ketidakselesaan di bahagian perut yang berterusan.
  • Mengalami pendarahan pada bahagian hidung dan pekak atau masalah pendegaran/berdengung.
  • Mempunyai suara yang serak atau garau lebih dari 2 minggu.
  • Mempunyai luka/benjol di dalam mulut yang berwarna merah atau putih.
  • Mengalami ketumbuhan atau benjolan di sekitar leher.
  • Mengalami perubahan dalam amalan membuang air besar.
  • Benjolan atau sebarang perubahan di bahagian payudara.
  • Pendarahan yang keterlaluan di bahagian kemaluan wanita antara tempoh haid atau selepas putus haid.
Satu perkara yang paling penting untuk menentukan kejayaan sesuatu rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan tersebut, sama ada hanya melibatkan satu bahagian badan atau telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh ke organ-organ penting yang lain seperti paru-paru, hati, otak atau tulang. Pada peringkat awal sekiranya kanser belum merebak, rawatan yang tepat akan memberikan hasil yang baik malah mungkin ia boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan malah mungkin sukar dikawal.

Selain itu, jenis sel kanser dan juga bahagian yang dijangkiti juga merupakan satu faktor yang menentukan kejayaan sesuatu rawatan. Jika bentuk sel kanser adalah luarbiasa (anaplastik), kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak jauh akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengan sel kanser pula tahan terhadap sebarang rawatan walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau rawatan radioterapi. Sesetengan penyakit kanser pula menunjukkan tanda- tanda diperingkat awal lagi misalnya kanser pangkal rahim.

Ada sesetengah pesakit kanser yang kronik dan diberi tempoh beberapa lama untuk hidup tetapi masih meneruskan hidup walaupun melepasi tempoh yang dijangkakan. Keadaan ini berlaku melalui proses pembinasaan sel kanser secara semulajadi. Kaedah lain yang digunakan untuk merawat kanser adalah :



harap2 sumber yg hawa kasi ni sedikit menambahkan ilmu dan blh kita atasi segala penyakit kanser...dalam kitab telah tertulis semua penyakit ada penawarnye melainkan ajal sahaja penawar yg tk dapat kita ubati ......




Search This Blog